Futsal

Futsal

Monday 29 December 2014

I Like Futsal

Futsal Is My Hobby
PENGENALAN :

Saya Michrison Seman Anak Malong, sangat berminat dengan permainan futsal kerana bermain futsal salah satu cara saya mengeluarkan peluh dan meluangkan masa bersama-sama rakan seperjuangan saya. Walaupun demikian, saya ingin mengetahui tentang sejarah futsal ini ditubuhkan dan nama sebenar futsal. Yang saya tahu tentang futsal adalah, futsal adalah permainan fustal yang dimainkan oleh dua pasukan. Satu pasukan dianggotai oleh lima orang permain.  Tujuannya adalah memasukkan bola ke gawang lawan dengan kaki. Selain lima pemain utama, setiap pasukan juga dibenarkan memiliki pemain simpanan iaitu tiga orang permain simpanan. Akhir sekali, saya mencari maklumat tentang futsal untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya dalam sukan futsal ini. Berikut adalah maklumat tersebut.

SEJARAH FUTSAL :

                Dalam maksud lain futsal juga merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'. Futsal diciptakan di Montevideo, Uruguay pada tahun 1930, oleh Juan Carlos Ceriani. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol.

CIRI-CIRI FUTSAL :                                                                    

Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 7 minit atau 10 minit atau 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.


PERATURAN DALAM BERMAIN FUTSAL :

Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Sterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

PERKEMBANGAN :

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada rang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutamanya di Brazil.

KETERAMPILAN :

Keterampilan yang dikembangkan dalam permainan ini dapat dilihat dalam gaya terkenal dunia yang diperlihatkan pemain-pemain Brazil di luar ruangan, pada lapangan berukuran biasa. Pele, bintang terkenal Brazil, contohnya, mengembangkan bakatnya di futsal. Sementara Brasil terus menjadi pusat futsal dunia, permainan ini sekarang dimainkan di bawah Fédération Internationale de Football Association (FIFA) di seluruh dunia, dari Eropah hingga Amerika Tengah dan Amerika Utara serta Afrika, Asia, dan Oseania.

PERTANDINGAN YANG PERTAMA :

Pertandingan antarabangsa pertama diadakan pada tahun 1965, Paraguay menjuarai Piala Amerika Selatan pertama. Enam perebutan Piala Amerika Selatan berikutnya diselenggarakan hingga tahun 1979, dan semua gelaran juara disapu habis Brazil. Brazil meneruskan dominasinya dengan meraih Piala Pan Amerika pertama tahun 1980 dan memenangkannya lagi pada perebutan berikutnya tahun 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggota-anggotanya bergabung dengan FIFA pada tahun 1989) di Sao Paulo, Brazil, tahun 1982, berakhir dengan Brazil di posisi pertama. Brazil mengulangi kemenangannya di Kejuaraan Dunia kedua tahun 1985 di Sepanyol, tetapi menderita kekalahan dari Paraguay dalam Kejuaraan Dunia ketiga tahun 1988 di Australia. Pertandingan futsal antarabangsa pertama diadakan di AS pada Desember 1985, di Universiti Negeri Sonoma di Rohnert Park, California.

 


KESIMPULANNYA :

Akhir sekali, baru saya tahu tentang sejarah futsal sebenarnya. Bukan saya bermain bergitu saja tertapi say belajar tentang peraturan dan sejarah futsal ini. Selain itu, saya mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah menggalakan saya bermain futsal selama ini.

Antara koleksi gambar saya semasa mengikuti pertandingan futsal :


V-Five Oreo ( Termpat Ke Tiga )

V-Five Oreo ( Termpat Ke Tiga )


Pasukan Espada Fc 

No comments:

Post a Comment